Pages

Sunday, 25 October 2015

Jaundice

PENGALAMAN BAYI KENA JAUNDICE (KUNING)

Persoalan yang tidak asing bagi ibu-ibu di luar sana selepas bersalin. Anak awak kena kuning tak? Berapa hari? Kena tahan di wad tak? Amal petua apa?. Kuning sebenarnya bukan penyakit misteri. Ia adalah normal apabila darah pada bayi menjadi rosak dan pecah dan dicernakan oleh organ hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin. Saya sendiri pun mengalami anak pertama disahkan kena deman kuning dan terpaksa ditahan di hospital untuk satu malam. Orang kata, ibu yang mempunyai darah O positif lebih mudah diserang deman kuning dan ada yang kata bayi lelaki lebih mudah terkena berbanding bayi perempuan. Anak saya mengalami jaundice selama 8 hari dan ini bacaan jaundice Muhammad Arsyad. 


Selepas bersalin sudah pasti nurse datang untuk check ibu dan anak. Masa ni lah nurse bagi tahu kemungkinan anak awak ada jaundice. So, suami dan tok ma dia pun bawak la pi klinik Kesihatan Bukit Payong. Ternyata tahap bilirubin dlm darah tinggi iaitu 145. Bacaan yang normal 135. Kesannya kena bawa ke hospital dan kena duduk bawah satu lampu biru. Masa ni baru saya tahu ada 3 tahap rawatan jaundice. Kebiasaannya jaundice akan dirawat di bawah satu atau dua lampu. Jika rawatan ini gagal pemindahan darah dari bayi dan digantikan dengan darah yang lain. Kebiasaanya pertukaran darah dilakukan sekiranya bacaan 428 lebih keatas. 

Waktu anak kena tahan dalam wad rase macam nak menangis. Bayangkan waktu tu seramai 78 orang bayi yang dimasukkan dengar tangisan bayi sana sini. Ketika  ini badan masih lemah kerana masih dalam tempoh berpantang tapi gagahkan diri untuk pergi ke hospital untuk menyusu. Dr kata susu ibu memang sesuai untuk kurangkan kuning baby. Alhamdulilah keesokkan harinya anakku dah dapat keluar dari hospital. Walau bagaimanapun, jaundice masih ada dan memerlukan rawatan susulan di klinik kesihatan sahaja. 

Macam 2 petua kawan 2 bagi untuk hilangkan jaundice bayi. Antaranya mandikan dengan campuran daun inai, belimbing buluh, anggur hitam, minum susu kambing dan mcm2 lagi. So, saya cuba minum susu kambing Wildan. Alhamdulillah, jaundice anak turun dengan banyak dalam tempoh dua hari dan tidak perlu lagi pergi ke klinik untuk check tahap jaundice.



 ~Syukur~



0 comments:

Post a Comment